BANDARAYA MEXICO, 14 Mei – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh pada Rabu dalam kemalangan lebuh raya besar di negeri Puebla, tengah-timur Mexico, kata pihak berkuasa tempatan.
Tragedi itu membabitkan tiga kenderaan, dan bilangan orang lain yang tidak dinyatakan sedang dirawat kerana mengalami kecederaan, kata Menteri Dalam Negeri Puebla Samuel Aguilar dalam catatan di X.
Nahas berlaku pada pagi Rabu di kilometer 31 lebuh raya Cuacnopalan-Oaxaca. Ambulans dan perkhidmatan kecemasan lain bekerja di tempat kejadian.
Media tempatan melaporkan perlanggaran maut berlaku apabila sebuah lori cuba memotong kenderaan lain sebelum melintas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas, kemudian merempuh sebuah van pengangkutan.
XINHUA