
Berita Free memberi maksud berita bebas atau percuma, dengan skop asalnya adalah bebas dan tepat. Namun ketepatannya bergantung kepada penulisan asal oleh pihak yang menjadi sumber, pihak-pihak yang menjadi sumber asal kepada penulisan itu, di samping terjemahannya berdasarkan kefahaman pihak penterjemah.
Slogan Free Forever membawa maksud ‘bebas selamanya’ – tidak terikat oleh mana-mana pihak-pihak, sempadan negara atau kerajaan tertentu.
Berita ditampilkan adalah berita-berita terpilih — disertakan bersama sumber asal (disertakan di bawah story) daripada bahasa Inggeris atau Arab terutamanya diterjemah ke bahasa Melayu, bagi memudahkan penutur berbahasa Melayu dan rumpunnya sama ada di Malaysia, Singapura, selatan Thailand, Indonesia dan tempat-tempat lain untuk dapat memahami berita, perkembangan di sekeliling mereka dan di perbatasan yang jauh. Ia juga boleh dimanfaatkan penutur bahasa lain dengan menggunakan enjin terjemahan Google, sekali gus memperluaskan lagi tujuan blog ini untuk membantu masyarakat seantero dunia mengakses dan memahami berita, kejadian dan peristiwa sekeliling mereka.
Berita dipaparkan lazimnya diteliti terlebih dulu, supaya tidak bersifat buletin jabatan atau kerajaan, tidak terikut-ikut menjadi propaganda parti politik, aliran atau ideologi tertentu, juga tidak terkait dengan agenda tertentu seperti mengejar populariti, bersifat kepentingan individu, puak atau sempadan negara dalam konteks sempit, berat sebelah dan taasub. Malah tulisan mengelirukan juga tidak dimuatkan walaupun berita itu besar.
Keutamaan adalah pada kandungan yang tepat, bukan untuk mencuri perhatian khalayak sebagaimana dilakukan sesetengah blog, sehingga terpesong daripada topik sebenar.
Laman ini dikelolakan oleh bekas penulis khas syarikat berita terkemuka di Malaysia. (Memadai sekadar itu)
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi melalui e-mel berikut: specialistnewswriter@gmail.com
Membaca menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan kemahiran berfikir, menghilangkan tekanan yang secara tidak langsung membuatkan hidup berasa lapang malah menyumbang kepada kesejahteraan dan memanjangkan jangka hayat anda.

Terima kasih kerana bertamu.

