Soalan ini mungkin membuatkan bangsa Israel berdebar-debar.
Cuba kita bandingkan dengan carta pasaran saham dengan carta tingkah laku liar dan tidak bertamadun pelampau dan pengganas Israel mutakhir ini terhadap orang Arab Palestin, terutama di Gaza.
Jika kita perhatikan carta pasaran suatu kaunter atau syarikat misalnya, apabila ia berada di puncak yang membolehkan pembeli unitnya yang sebelum itu membeli pada harga bawah atau rendah menjualnya sekali gus memperoleh keuntungan, maka posisi harga puncak kaunter itu berubah, turun ke bawah, sama ada perlahan-lahan atau pantas. Tak pernah perhati?
Kemudian, jika tiada apa-apa yang boleh menarik pembeli baharu, maka harga saham itu akan merudum lagi, malah terus merudum, sehingga hilang sifat aktifnya, bahkan boleh jadi dinyah dari senarai. Kan!
Mungkin sifir ini boleh digunakan dalam membaca jatuh bangun bangsa Israel mutakhir ini, apatah lagi dengan gelagat mereka yang sangat menyusahkan penduduk dunia.
Hari ini, boleh dikatakan dunia benci pada Israel, kerana tindakan mereka yang membunuh orang awam Palestin, membunuh anak-anak kecil, orang tua dan wanita.
Jika hendak berperang, berperang dengan cara betul, dengan orang bersenjata, bukannya dengan mereka yang tidak bersenjata.
Orang Israel pelik perangainya. Mereka marah orang yang dikatakan (seperti dilaporkan media) sebagai Hamas menembak, membunuh orang awam Israel di selatan negara itu, tetapi mereka boleh pula membunuh penduduk Palestin…selamba saja…buat bodoh saja, walaupun dunia mengecam. Oh, jika kena orang mereka, tahu pula marah. Mereka buat begitu bahkan lebih kejam terhadap penduduk Palestin, sejak dahulu lagi, boleh pula. Ini peraturan jenis apa ni…undang-undang rimba…orang mereka tak boleh, orang Palestin boleh (dibuat aniaya).
Apakah bangsa Israel akan lenyap di muka bumi ini? Sama-samalah kita saksikan. Mereka juga sebenar-benarnya tiada negara. Negara mereka pun kalau dilihat sejarah (jika tidak silap fahamlah) hasil daripada penjajahan, pertaruhan…misalnya menang perang dengan negara Arab sekeliling Palestin, maka tanah itu, kawasan itu jadi milik mereka. Tak begitu?
Sebab itu tak pelik, sesetengah mereka boleh dikatakan mempunyai dua warganegara. Satu sebagai warganegara Israel, dan satu lagi warganegara lain seperti Amerika.
Mengapa perlu kepada dua warganegara? Apakah tak cukup, tak terjamin dengan negara Israel mereka? Orang yang ada dua warganegara atau lebih, seperti burung berterbangan, yang tak tahu mana arah untuk ditujui dan menetap. Mereka sekarang bertebaran.