AMMAN – Jordan menutup satu-satunya lintasan sempadan penumpang dan komersialnya ke Syria, kata kementerian dalam negeri pada Jumaat.
Sumber tentera Syria memberitahu Reuters, kumpulan bersenjata menembak ke arah sempadan Nassib Syria yang melintasi Jordan.
“Kumpulan bersenjata yang menyusup ke lintasan menyerang pos tentera Syria yang ditempatkan di sana,” tambah sumber itu.
Dia berkata, berpuluh-puluh treler dan penumpang kini terkandas berhampiran kawasan itu.
Menteri dalam negeri Jordan berkata, rakyat dan trak Jordan akan dibenarkan pulang melalui lintasan, dikenali sebagai lintasan Jaber di sebelah Jordan, manakala tiada sesiapa pun dibenarkan untuk melintas ke Syria.
AN-REUTERS