BERLIN – Dua pegawai polis cedera, seorang daripadanya parah, dalam satu letupan pada petang Khamis di luar bangunan polis di Berlin.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Polis Berlin, kejadian itu berlaku kira-kira jam 20:20 (1920 GMT) ketika pegawai menjalankan rondaan keselamatan rutin. Objek tidak dikenali meletup berhampiran bangunan itu.
Kedua-dua pegawai yang cedera kini menerima rawatan perubatan.
Polis telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
XINHUA