8 maut dalam kebakaran rumah di ibu negara Filipina

MANILA – Lapan orang terbunuh selepas kebakaran menghanguskan sebuah bangunan kediaman tiga tingkat di ibu negara Filipina pada Khamis, kata Biro Perlindungan Kebakaran.

Biro itu berkata, kebakaran berlaku awal pagi Khamis di pinggir bandar Quezon City ketika penghuni sedang tidur lena.

Lapan orang terperangkap di dalam bangunan itu, manakala sebahagiannya dilaporkan terselamat daripada kebakaran dengan memanjat bumbung dan merangkak ke rumah jiran.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

XINHUA