Tag: MSM

  • MSM benarkan CFO kembali untuk bertugas

    KUALA LUMPUR — MSM Malaysia Holdings Bhd menarik balik arahan bercuti terhadap Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar.

    Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata Mazatul ‘Aini boleh meneruskan tugas beliau sebagai CFO berkuat kuasa dari 1 Februari 2024.

    “MSM akan meneruskan operasi perniagaan seperti biasa,” katanya.

    Mazatul ‘Aini sebelum ini diarah bercuti berkuat kuasa 20 Oktober 2023 hingga 15 Disember 2023 atau sehingga notis selanjutnya daripada lembaga pengarah.

    MSM dalam maklumannya pada masa itu berkata, cuti sementara Mazatul ‘Aini Shahar adalah perlu untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.

    Pada 8 Disember tahun lalu, MSM memaklumkan bahawa araha cuti itu dilanjutkan lagi dari 15 Disember 2023 hingga 15 Januari 2024 atau sehingga tempoh yang dimaklumkan.

    MSM melantik Mazatul ‘Aini sebagai CFO pada Disember 2022, menggantikan Ab Aziz Ismail.

    Mazatul ‘Aini, sebelum itu adalah CFO Kumpulan Proton Holdings Bhd sebelum perjanjian penggabungan dengan Zhejiang Geely Holdings Group.

    Terdahulu, beliau pernah menjadi CFO bagi Nationwide Express Courier Services Bhd.

    BH ONLINE