
E-buku adalah satu platform berbeza dengan blog. Ia bersifat statik…ertinya begitulah seadanya sebagaimana buku.
Memandangkan ia kelihatan statik, mungkin ramai menyangka pembikinannya lebih mudah berbanding blog atau tapak web.
Tanggapan itu silap sebenarnya, sebab pembikinan e-buku lebih rumit, dan memerlukan tumpuan yang lebih teliti. Jika tersilap langkah terutama aspek teknikalnya, menyebabkan e-buku anda tidak menjadi, atau kelihatan tidak sempurna seperti dikehendaki.
Walaupun begitu, e-buku ada kelebihan tersendiri…iaitu tidak perlu mengeluarkan wang untuk membuatnya. Juga tidak perlu keluar wang penyelenggaraan setiap tahun seperti blog atau tapak web (yang perlu kepada kos domain dan hosting setiap tahun). Malah, ia cepat mendatangkan wang jika e-buku anda sangat menarik dan membuatkan orang tertarik.

Anda boleh cuba dengan Google untuk menghasilkan e-buku anda, iaitu dengan mendaftarkan melalui Google Publisher.
Dengan platform ini, apabila e-buku yang anda tulis, anda siapkan dari kulit depan hingga ke belakang, anda boleh terbitkan di Google Play Book. Peringkat publish ini lebih mudah, berbanding peringkat pembikinan.
Di platform Play Book, anda boleh tetapkan harga mengikut kesukaan anda atau ‘percuma’ saja. Terpulang kepada anda.
Untuk membuat e-buku, di sini disertakan satu video Youtube, anda boleh pelajarinya: