1. NAFSU

Ini asas kepada segala hal dan masalah. Umumnya nafsu mendorong manusia untuk segala-galanya. Sebab nafsu, manusia boleh bersengkang mata sehingga dinihari, berhimpit-himpit ke stadium, konsert dan sebagainya. Apabila sudah asyik dan terjatuh dalam pelukannya, manusia sanggup bersusah, berkorban demi nafsu. Nafsu, apabila dituruti segala kehendaknya, buat tuan menjadi hamba — ikut apa saja kehendaknya, perlakuannya dan ke mana saja tempatnya. Ketika mana sudah tertawan dengan cintanya dalam erti kata sudah sebati — bersatu atau menjadi satu, yang susah terasa senang, sakit dirasakan seperti tiada apa-apa, hodoh dipandang cantik, busuk dikatakan wangi. Begitulah gambarannya.
2. WANG

Ini hal terbesar…dalam dunia hari ini menggunakan wang dan memerlukan wang. Ada wang, semua benda nak pandang, nak pilih…Eh itu cantik, eh itu lagi cantik…harga mahal lagi suka, sebab ada ‘class’. Sebab ada wang, setiap hari orang membeli-belah, melangkah laju dari satu gedung ke gedung seterusnya, biasanya begitu. Malahan barang murah dah tak nak tengok, ‘apa class’ ‘low class’ – contoh sesetengah orang.
3. MANIS

Gula memainkan peranan penting dalam minuman, bahkan pemakanan. Tanpa gula, buat minuman jadi tawar, hambar atau pahit. Orang meminum minuman, berasa ‘kaw’ atau ‘oh yes’ enak, kerana ada manisnya. Cuba, dihidangkan tanpa gula…pasti rasa sekali dua, terus tak nak minum.
4. NIKOTIN

Hari-hari orang menghisap rokok atau vape, kerana ada nikotinnya. Ia buat orang mencari-carinya…nak lagi, nak lagi. Tanpa nikotin, buat rokok atau vape berasa hambar, seperti sedut asap bakaran biasa…macam bodoh saja…betul tak? Sebab nikotin, maka penjual dapat menjual rokok setiap hari, ada saja pembelinya. Tanpanya, rasa-rasa tiada orang beli pun.
Tetapi sebelum itu, nak tanya….antara asap rokok dan asap kenderaan seperti kereta, lori, bas, trak dan motosikal, mana lebih berbahaya? Anda, terutama pembuat dasar, berjawatan besar dan mereka yang hanya tahu mengikut rentak anda, selalu mengatakan asap rokok berbahaya, tetapi cuba anda bandingkan dengan asap kenderaan…yang mana sebenarnya lebih bahaya? Jika anda mengatakan asap kenderaan lebih bahaya, mengapa takut kepada perokok lebih teruk daripada takut kepada asap kenderaan?