BESUT – Mayat lelaki yang sudah mereput ditemukan terdampar di pesisir pantai Beting Lintang dekat Kampung Raja, pada pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat yang hanya berseluar pendek pada jam 9.08 pagi tadi.
“Mayat yang belum diketahui identiti kerana tidak ada pengenalan diri manakala fizikal sudah mereput dan dipercayai dihanyutkan oleh arus serta dipukul ombak sebelum terdampar,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah warga asing berdasarkan beberapa tanda seperti ada tatu pada anggota badan.
Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
BH ONLINE