ISLAMABAD — Sekurang-kurangnya 14 askar terbunuh apabila pengganas menyasarkan pasukan keselamatan di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, kata kenyataan tentera pada Jumaat.
Dua kenderaan pasukan keselamatan diserang hendap oleh pengganas ketika mereka bergerak dari Bandar Pasni ke kawasan Ormara di daerah Gwadar di wilayah itu, kata sayap media Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) tentera dalam kenyataan itu.
XINHUA