Ketua WHO ‘terkejut’ dengan serangan hospital Al Shifa

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat berkata beliau “sangat terkejut dengan laporan serangan” di sekitar sebuah hospital di Gaza.

Laporan mengatakan ambulans dan kenderaan perubatan lain Hospital Al Shifa di bandar Gaza mengalami kerosakan dan orang berhampiran serta di dalam cedera. Tidak jelas punca kerosakan itu.

“Kami mengulangi: pekerja kesihatan, kemudahan, dan ambulans mesti dilindungi pada setiap masa. Sentiasa,” kata Dr Tedros dalam catatannya di X.

Beliau juga menggesa gencatan senjata segera di Gaza.

The National