
Seramai 26 penduduk Palestin maut petang Ahad, selepas pesawat pendudukan Israel mengebom mereka, lapor agensi berita WAFA.
Tentera Israel memusnahkan dua rumah di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, menurut agensi berita itu.
“Wartawan kami melaporkan sekurang-kurangnya 26 rakyat mati syahid dan berpuluh-puluh cedera, selain sebilangan orang hilang, selepas pesawat perang Israel mengebom dua rumah milik keluarga Al-Hams di dalam kem Yabna, dan keluarga Al-Bawab di belakang Al -Ma’asara di kawasan kejiranan Al-Jeneina, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza,” agensi berita itu dipetik.