MANILA – Empat orang terbunuh selepas kebakaran berlaku di kawasan perumahan di ibu negara Filipina pada Khamis, kata Biro Perlindungan Kebakaran.
Anggota bomba Armando Baldillo memberitahu pemberita bahawa kebakaran berlaku pada awal pagi Khamis dan mangsa adalah ahli keluarga yang terperangkap di sebuah rumah di bandar Malabon.
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebelum jam 7 pagi waktu tempatan, sementara punca kebakaran masih dalam siasatan.
Baldillo berkata, sekurang-kurangnya 41 penduduk terjejas akibat kebakaran itu.
XINHUA