Letupan di bandar pantai Syria membunuh tiga: media kerajaan

Tangkapan skrin diambil daripada video yang menunjukkan letupan di bandar pantai Latakia di Syria yang dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan 12 pada Sabtu, menurut laporan media kerajaan. (X/@SaadAbedine)

DAMSYIK – Satu letupan di bandar pesisir pantai Republik Arab Syria, Latakia mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan 12 lagi pada Sabtu, lapor media kerajaan, dengan punca masih belum jelas.

“Letupan di kejiranan Al-Rimal di bandar Latakia setakat ini mengakibatkan tiga kematian dan 12 cedera,” kata agensi berita negara, SANA memetik pihak berkuasa wilayah.

Ia menambah bahawa “pasukan pertahanan awam dan penduduk masih mencari orang lain yang cedera dan hilang”.

Seorang penduduk bandar itu, Ward Jammoul, 32, memberitahu AFP, dia mendengar “letupan kuat” sambil menambah bahawa dia “menuju ke tapak dan mendapati sebuah bangunan musnah sepenuhnya”.

Dia berkata kakitangan pertahanan awam dan ambulans hadir di tapak itu, bersama “sebilangan besar orang yang telah berkumpul untuk mencari mereka yang terperangkap di bawah runtuhan”.

Imej dibawakan oleh SANA menunjukkan kepulan asap yang besar naik ke atas kawasan kejiranan yang berpenduduk.

Tiada butiran lain dapat disahkan dengan segera.

AN-AFP, 15 Mac 2025