TAIYUAN – Lima maut dalam kemalangan di tapak pembinaan lebuh raya di Pingding County, Wilayah Shanxi di utara China, menurut kerajaan daerah pada Selasa.
Kemalangan berlaku pada jam 5.55 petang Isnin di tapak projek pembesaran di bahagian Yexi di Lebuhraya Taiyuan-Jiuguan, menyebabkan lima orang terperangkap.
Pasukan penyelamat dari pelbagai jabatan berjaya menyelamatkan semua yang terperangkap pada jam 8:17 malam Isnin, tetapi mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan lanjut dan kerja susulan sedang dijalankan.
XINHUA