Gempa bumi 6.3 magnitud melanda selatan Panama, Costa Rica

BANDARAYA PANAMA – Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud direkodkan di selatan Panama pada pagi Jumaat, menurut Institut Geosains di Universiti Panama.

Gempa itu berlaku pada 9:50 pagi waktu tempatan (1450 GMT), dengan pusat gempa terletak 78 km di luar pantai Coiba. Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

Balai Cerap Vulkanologi dan Seismologi Costa Rica turut melaporkan gempa bumi itu.

Gegaran kuat dirasai di wilayah selatan Costa Rica dan sedikit di ibu kota San Jose serta bahagian tengah negara.

XINHUA